PENGENALAN


KENALI MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS


- Pencapaian akademik keseluruhan tidak mencapai 
     tahap yang memuaskan.
-         Lemah dalam pencapaian Bahasa Melayu dan   
Matematik.    
-        Sering mengantuk ketika di dalam kelas.
-         Tidak menunjukkan minat dalam pelajaran.
-        Sentiasa menjauhkan diri dari rakan sekelas dan 
     guru.
-        Hanya berupaya memberi perhatian atau tumpuan
    yang singkat terhadap aktiviti pengajaran dan    
    pembelajaran.
-        Sering meniru atau menyalin kerja rumah rakan
atau tidak membuatnya langsung.


TATACARA KEMASUKAN MURID KE 
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

MURID BARU

1.     Berumur 7 tahun (sekolah rendah) dan 14 tahun (sekolah menengah) pada tarikh permohonan.
2.     Borang yang tidak lengkap dianggap GAGAL.
3.     Disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak dngan menggunakan 
borang pemeriksaan doktor yang disediakan.  Setiap butiran tepat dan menerima pemeriksaan yang terperinci. (laporan doktor diwajibkan.  Borang  pemeriksaan boleh didapati di Unit Khas JPN, Pejabat Pendidikan Daerah – U.P.: Pen. PPD Pra Sekolah).
4.     Pemerosesan borang dilakukan oleh Unit Pend. Khas JPN dan 
calon yang layak akan dihantar untuk ditemuduga oleh ahli panel yang akan menentukan sama ada calon layak atau tidak layak untuk ditempatkan ke Program Pendidikan Khas Integrasi. (Prosedur ini terkecuali untuk calon bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan).
5.     Keputusan temuduga akan diserahkan ke JPN untuk urusan tawaran penempatan.  Tawaran penempatan hanya akan dibuat kepada calon yang layak sahaja.  Ciri-ciri calon yang layak diterima adalah:
                    i.        Boleh urus diri tanpa bantuan orang lain.
                   ii.        Tiada kecacatan fizikal yang teruk.
                  iii.        Tidak mengalami masalah sikap / tingkah laku luar biasa 
seperti hiperaktif (yang   sukar dikawal), ganas atau masaalah 
mental yang teruk.
                  iv.        Tidak mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan kronik, 
jantung dan lain-lain.

6.     Calon yang layak akan ditempatkan ke program integrasi yang 
berhampiran dan sesuai bergantung 
kepada kekosongan tempat pada ketika itu.  Sekiranya tiada kekosongan 
tempat, calon dianggap sebagai calon menunggu.
7.     Setiap calon yang telah ditempatkan akan menjalani tempoh percubaan 
selama 3 bulan.  Pihak sekolah / penyelaras program akan membuat 
laporan mengenai perkembangan sikap dan prestasi
 pembelajaran murid tersebut.  Sekiranya layak, murid tersebut akan
 mengikuti pembelajaran seterusnya.  
Bagi murid yang gagal selepas tempoh percubaan, pihak sekolah 
akan membuat cadangan penangguhan kepada pihak JPN, dan pihak JPN akan mengeluarkan surat penangguhan.
8.     Bagi murid yang gagal di peringkat temuduga atau tempoh percubaan, 
boleh memohon semula sekiranya  murid tersebut telah melalui pemulihan 
seperti di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau agensi 
swasta lain.
9.      Had umur pembelajaran murid di program integrasi adalah;
                    i.        Sekolah rendah – 7 hingga 13 tahun.
                   ii.        Sekolah menengah – 14 hingga 19 tahun.
10.   Walau bagaimanpun prestasi bulanan setiap murid akan menentukan
 tempoh pembelajarannya. Sekiranya pada satu-satu tempoh itu, murid 
menunjukkan prestasi yang menurun dan menimbulkan  masalah kepada 
sekolah (guru dan rakan sebaya), maka murid berkenaan boleh disarankan  
direhatkan / ditangguhkan bagi  satu tempoh masa sehingga murid 
berkenaan menunjukkan sikap, kelakuan dan minat yang positif.

PERTUKARAN MURID PENDIDIKAN KHAS

1.     Pertukaran murid pendidikan khas hendaklah menggunakan borang 
pertukaran biasa (dalam negeri / luar negeri).  Borang tersebut hendaklah 
dihantar terus ke Unit Pendidikan Khas JPN untuk diproses 
dan tindakan selanjutnya.
2.     Pertukaran dan penempatan yang tidak melalui Unit Pendidikan 
Khas JPN akan mengakibatkan murid tersebut 
ditempatkan di kelas biasa.
3.     Borang pertukaran boleh didapati di semua sekolah dan hendaklah 
ditandatangani oleh Guru Besar / Pengetua sekolah berkenaan.
4.     Semua rekod peribadi dan fail-fail yang berkaitan dengan murid 
berkenaan hendaklah dibawa ke sekolah baru yang dipohon
 setelah diluluskan.


PENEMPATAN MURID DARI KELAS NORMAL

1.     Murid kelas biasa yang dianggap ‘lambat’ dan ‘bermasalah’ yang ingin
 dimasukkan ke program pendidikan khas, hendaklah melalui 
seperti syarat kemasukkan murid baru.
2.     Murid ini tidak boleh diterima masuk tanpa borang pemeriksaan 
doktor yang lengkap dan laporan temuduga.
3.     Borang pertukaran biasa tidak boleh dijadikan pengesahan 
kelulusan / kelayakkan untuk memasuki program pendidikan khas
 tanpa kelulusan Unit Pendidikan Khas JPN.
4.     Murid bermasalah dari kelas biasa tidak boleh ditempatkan ke program 
pendidikan khas oleh pihaksekolah tanpa melalui 
proses / syarat seperti murid baru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik BlogCikguEifa kecuali yang dinyatakan