Beri bantuan bacaan dan latihan pembelajaran sebelum anak memasuki tadika.
Beri anak makan makanan yang berkhasiat dan berzat dan elakkan atau kurangkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat.
Sentiasa berbincang dengan guru cara terbaik untuk membantu anak dan teruskan program pemulihan yang dilakukan oleh guru di rumah.
Menyertai agensi-agensi yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan kecacatan anak anda.
Menambahkan pengetahuan berkaitan dengan kecacatan anak dengan cara melayari internet atau bertannya dengan pihak-pihak yang terlibat.
Menghadiri seminar dan ceramah berkaitan yang sering diadakan oleh pihak yang terlibat.
Dapatkan pengesahan tentang kecacatan anak dari doktor pakar.
Mendaftarkan anak anda di Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk mendapatkan kad pengesahan OKU.
Hantarlah anak bagi mendapatkan pendidikan di kelas pendidikan khas berhampiran. Guru-guru pendidikan khas telah diberi kursus untuk menanggani murid-murid sebegini.
No comments:
Post a Comment