Friday, December 16, 2011

CIRI-CIRI ANAK KHAS


LEMBAM

Bermasalah mengenal bentuk huruf.

Bermasalah menyebut bunyi huruf dengan tepat.
Menyebut atau membunyikan sesuatu bunyi huruf dengan perlahan.
Menutup muka dengan buku sewaktu belajar.
Membaca setiap perenggan terlalu lama.
Ejaan perkataan seringkali salah.
Menulis perkataan terlalu rapat, kecil, condong.
Jarak antara perkataan yang ditulis terlalu jauh.
Lambat sewaktu menulis.
Huruf dan perkataan ditulis tinggi atau rendah dan tidak seragam.
Mempunyai konsep kendiri rendah.
Masa menumpukan perhatian terhadap pelajaran sangat singkat dan perhatian mudah dialihkan oleh rangsangan luar.
Hanya boleh mengikut pelajaran atau arahan yang ringkas dan jelas sahaja.


DISLEKSIA
Keliru dengan arah kiri dan kanan.
Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat.
Lambat bertutur dan sukar memahami arahan.
Sukar mengikut arahan lisan yang panjang.
Kesukaran menyalin semula nota yang diberi.
Keliru dengan nombor-nombor.
Kemahiran motor yang lemah. Cth :sukar memegang alat tulis dengan tangan dominan, dan sering terlanggar barang di sekitar.
Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka bertanya secara berulang-ulang.
Kurang keyakinan diri dan menghadapi tekanan jiwa.
Tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang kemahiran bersosial dan sukar bergaul.
Kelakuan dan sikap yang tidak konsisten.
Gemar menggigit jari dan merenung buku seolah-olah tidak faham.

AUTISMA
Pola perlakuan yang unik :
Penerimaan deria yang aneh.
Sering membuang masa kepada sesuatu objek yang tidak diketahui fungsinya dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal.
Terlalu menyayangi sesuatu objek sehingga sukar dipisahkan daripadanya.
Rutin harian yang dirancang secara detail.
Masalah perhubungan dengan orang di sekeliling :
Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat dan tidak berminat dengan kemahiran yang diajar.
Suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang dan hanya akan berhenti apabila ditegur.
Suka bersendirian dan menganggap manusia sebagai objek dan hanya berinteraksi bila di dekati dengan cara-cara tertentu dan dengan individu yang disukai.
Tidak mahu bertentang mata sewaktu bercakap seolah-olah mereka melihat menembusinya.
Gemar memeriksa anggota badan seperti kaki dan tangan seolah-olah benda itu baru dan pelik.

Mengalami masalah pertuturan :
Sering mengulangi soalan yang diajukan.
Suka meniru percakapan orang lain.
Kadangkala menggunakan suara yang luarbiasa untuk menuturkan sesuatu perkataan.
Sikap atau perasaan yang ganjil dan tidak normal :
Meletuskan kemarahan yang amat sangat atau mengamuk dan disusuli dengan perlakuan agresif.
Ianya berlaku tanpa sebab atau kerana kehilangan sesuatu objek yang disayangi atau dilarang dari melakukan sesuatu perkara yang mereka mahu.
Mengilai, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.
Tidak tahu erti bahaya dan gemar melakukan sesuatu yang merbahaya.
Intelek yang luar biasa walaupun autisma :
Mereka meminati matapelajaran Matematik.
Gemarkan permainan seperti ‘Jigsaw Puzzles’.
Suka menyanyi atau mengingati lirik lagu serta suka mendengar semua jenis muzik.
Boleh menghafal senarai nombor telefon, tarikh, nama, sajak, dan sebagainya.
Mempunyai kemahiran mekenikal yang luar biasa.
Tidak suka kepada perubahan dan sangat susah untuk mengubah sesuatu rutin.
Gemar berkhayal, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.
Taksub kepada sesuatu objek dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal.

    SINDROM DOWN
Ciri-ciri fizikal :
Tubuh badannya lemah dan sendinya longgar.
Posisi mata dalam keadaan serong ke sisi muka, kelopak matanya tebal, merah dan selalu berair.
Hidung pesek dan saiz kepalanya agak kecil.
Tulang rahang yang kecil, mulut kelihatan kecil dan lidah pula terjelir serta nampak besar.
Telinga kelihatan kecil dan terletak bawah sedikit.
Tangan dan kaki agak pendek dan kelihatan tidak seimbang.
Jari jemarinya kelihatan pendek dan gemuk.
Keadaan emosi:
Mempunyai tekanan emosi yang tinggi.
Tindak balas tidak seperti orang normal.
Boleh menjadi tidak sabar kerana tempoh perhatian mereka singkat.
Ketidakstabilan emosi dan sering bertindak balas dengan menunjukkan perasaan marah dan dalam ketakutan.
Bersifat lebih pengasih terutama dengan rakan sesama kecacatan ( Sindrom Down )

Perkembangan motor :
Berjalan lambat dan dalam keadaan yang kekok.
Pergerakan lambat dan tidak dapat melakukan perkara dengan tepat.
Kelihatan lemah kerana tenaga dibawah tahap sederhana.
Mengalami lebih dari satu kecacatan. Cth : Hiperaktif, Lembam dan sebagainya.
Seringkali sakit di bahagian-bagaian organ seperti jantung, hati, dan buah pinggang.
Perkembangan intelektual :
Jangka masa tumpuan yang singkat dan mudah bosan.
Pertimbangan dan daya ingatan yang lemah.
Tindak balas yang berulang dan mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Kemampuan kanak-kanak Sindrom Down adalah tidak sama antara mereka.
Kecenderungan meniru dan mengajuk sesuatu.
Kelihatan bijak dan berupaya melakukan sesuatu kemahiran yang sukar tetapi sebenarnya tidak faham dengan apa yang mereka telah pelajari.

HIPERAKTIF
Bersikap agresif serta tidak dapat duduk diam walaupun sekejap.
Gemar merayau-rayau dan menganggu rakan-rakan lain.
Sukar memberi tumpuan kerana sikapnya yang tidak boleh duduk diam.
Mudah tertarik untuk melakukan sesuatu perbuatan seperti berlari dan memanjat serta gemar meniru perlakuan orang lain.
Dapat melakukan setuatu  kerja dengan pantas tetapi terburu-buru.
Bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu akibat dari tindakan mereka.
Bersikap keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat.
Bertindak mengikut perasaan sehingga boleh mencederakan diri dan orang lain.
Sukar memberi tumpuan dan gemar membuat bising.
Suka mendahului orang lain dalam apa jua situasi terutama sewaktu bermain.
Sanggup bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Bersikap negatif seperti suka mencuri, bercakap bohong dan suka merosakkan barang orang lain.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik BlogCikguEifa kecuali yang dinyatakan