Wednesday, December 14, 2011

PUNCA & PENYEBAB ANAK MENJADI 'KHAS'


LEMBAM

Latar belakang keluarga yang miskin dan kurang 
menggalakan untuk belajar.

Kecederaan otak akibat penyakit atau kemalangan mengakibatkan mental terjejas dan tidak
berupaya menerima sesuatu yang dipelajari
dalam tempoh masa yang singkat.

Lahir tidak cukup bulan akan mempunyai tahap pemikiran 
yang lebih rendah.

Kurang makanan berzat boleh menjejaskan pemikiran 
seseorang kanak-kanak.

Masalah dalaman iaitu emosi yang mengakibatkan seseorang itu menjadi pendiam, benci, malu, takut, dan tidak berkeyakinan serta rendah diri.

Kelewatan mengesan ketidakupayaan murid yang mengikuti program pembelajaran di kelas normal.

Bahan bantu mengajar yang digunakan tidak bersesuaian dantidak menarik minat murid.

Kurikulum di kelas normal yang kurang bersesuaian dengan
 murid berkeperluan khas.


DISLEKSIA

Keturunan atau genetik :

Dalam kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah yang sama. Kemungkinan
besar punca ini boleh diwarisi. Tetapi yang membezakan adalah tahap keterukannya.

Biologi :

Tidak cukup bulan sewaktu dilahirkan.

Kekurangan oksigen sewaktu di dalam kandungan.

Kelahiran yang amat sukar bagi ibu dan bayinya.

Sebahagian daripada kerosakan otak menyebabkan
kanak-kanak itu mengalami masalah belajar dan
kerosakan ini adalah minimum.

Kematangan :

Ada sesetengah kanak-kanak yang mengalami masalah kelambatan perkembangan pada bahagian tertentu dalam sistem saraf.

Pada kebiasannya, kanak-kanak lelaki lebih lambat matang berbanding kanak-kanak perempuan



AUTISMA

Keturunan / Genetik :
Dalam kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah yang sama. Kemungkinan besar punca ini boleh diwarisi. Tetapi yang membezakan
adalah tahap keterukannya.

Biologi :
Tidak cukup bulan sewaktu dilahirkan.

Kekurangan oksigen sewaktu di dalam kandungan.

Kelahiran yang amat sukar bagi ibu dan bayinya.

Gangguan neutransmitter dalam sistem saraf sebelum
dan selepas kelahiran.

Gangguan biochemical dan berlaku Infeksi neurological.

Gangguan bahan kimia (Beta Endorphin) yang menyekat 
perkembangan mental kanak-kanak.

Gangguan semasa ibu mengandung iaitu semasa mengandung, ibu suka bermuram dan bersendirian.



SINDROM DOWN

Keturunan / Genetik :

Dalam kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga
yang mengalami masalah yang sama. Kemungkinan besar 
punca ini boleh diwarisi.

Ianya berlaku disebabkan oleh mutasi pada kromosom di mana sel badan mempunyai 47 kromosom dan bukan
seperti orang normal iaitu 46 kromosom.

Ibu yang mengandung dalam usia yang lewat iaitu
35 tahun ke atas.

Risiko kelahiran bayi Sindrom Down semakin
kepada pasangan yang lebih berusia. bertambah

Pemakanan ibu sewaktu hamil turut mempengaruhi
kelahiran bayi Sindrom Down.




HIPERAKTIF

Keturunan / Genetik :
Dalam kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah yang sama. Kemungkinan
besar punca ini boleh diwarisi.

Kecedaraan minimum pada otak akibat kemalangan atau semasa kelahiran menyebabkan kanak-kanak
lambat matang.

Konflik mental emosi ibu semasa hamil turut mempengaruhi bayi dalam kandungan.

Penyalahgunaan dadah, merokok, dan mengambil
minuman keras oleh ibu yang sedang hamil.

Kekurangan kasih sayang dari ibu bapa membuat mereka bertindak apa sahaja tanpa memikirkan bahaya.

Faktor pemakanan :
Pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula dan pengawet dan pewarna tiruan yang tinggi.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik BlogCikguEifa kecuali yang dinyatakan