P&P

AKTIVITI 1
Mata Pelajaran    : Pendidikan Seni Visual
Tahap                   : Satu (PPKI)
Bidang                 : Menggambar

BUAH STRAWBERI

Aktiviti  :           
Menggambar Buah Strawberi

Objektif  :           
Diakhir P&P murid akan dapat menghasilkan gambar buah strawberi yang cantik dan menarik.


Langkah 1 : 
Lukis kudup buah strawberi.


Langkah 2 : 
Lukis buah strawberi di bawah kudup.


Langkah 3 : 
Lukis 'biji' kecil pada buah strawberi.


Langkah 4 : 
Warnakan kudup dengan warna hijau tua


Langkah 5 : 
Warnakan buah strawberi dengan warna merah.



Langkah 6 : 
Warnakan 'biji-biji' kecil dengan warna hitam.




Hasilan gambar buah strawberi yang telah dihasilkan oleh murid.


AKTIVITI 2
Mata Pelajaran    : Kemahiran Hidup (Perkebunan)
Tahap                   : Satu (PPKI)
Bidang                  : Asas tanaman

Asas Tanaman (Kacang Hijau)

Aktiviti  :           
Asas Bercucuk Tanam

Objektif  :           
Diakhir P&P murid akan dapat menanam pokok kacang hijau dengan kaedah yang betul.

Bahan-bahan yang diperlukan :
- Kit asas bercucuk tanam (kacang hijau)
- Air

Kit asas bercucuk tanam


Langkah 1 : 
Guru mengedarkan kit asas bercucuk tanam (kacang hijau) 

 Langkah 2 : 
Murid mengeluarkan paket tanah dan benih kacang hijau dari dalam pasu.

Langkah 3 : 
Murid memasukkan tanah ke dalam pasu.


Langkah 4 : 
Murid membuat lubang-lubang kecil dengan menggunakan lidi sate.


Langkah 5 : 
Murid memasukkan biji benih ke dalam lubang-lubang kecil yang telah dibuat.



Langkah 6 :
Murid menyiram benih yang telah siap ditanam dengan sedikit air. 

Langkah 7 :
Murid menyusun pasu ke dalam bakul.  

Langkah 8 :
Pasu yang telah siap disusun sedia untuk di bawa ketempat semaian. 

Langkah 9 : 
Murid membiarkan pokok di tempat semaian untuk mendapatkan cahaya matahari secukupnya.


 Langkah 10 :
Setelah 3 hari benih kacang hijau semakin bercambah. 
Langkah 11 :
Tanaman kacang hijau setelah seminggu ditanam oleh murid. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik BlogCikguEifa kecuali yang dinyatakan