LEMBAM
Lembam atau Slow Learner merupakan salah satu daripada kategori kecacatan di bawah Program Pendidikan Khas Bermasalah pembelajaran.
Lembam
bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran
atau menerima pelajaran.)
Murid
lembam mempunyai tahap keupayaan intelek sederhana atau kurang sedikit
berbanding intelek murid normal.
Mereka
mempunyai kebolehan melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima, mengurus,
menyusun, menyimpan, dan mengingat dengan berkesan.
DISLEKSIA
DISLEKSIA
Disleksia atau Dyslexia merupakan
salah satu daripada kategori kecacatan di bawah Program Pendidikan Khas
Bermasalah pembelajaran.
Tiada
ubat dalam masalah disleksia kerana ia bukan sejenis penyakit tetapi dengan
program pendidikan yang bersesuaian, masalah ini dapat dikurangkan.
Murid
disleksia bukannya mengalami kecacatan pada mata tetapi mereka mengecam sesuatu
dalam keadaan terbalik.
Disleksia
melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina, atau
bangsa.
AUTISMA
Autisma merupakan salah satu
daripada kategori kecacatan di bawah Program Pendidikan Khas Bermasalah
pembelajaran.
Autisma bermaksud ketidakupayaan seseorang
kanak-kanak memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain dirinya sendiri.
Autisma juga menyebabkan perkembangan diri kanak-kanak menjadi tidak menentu.
Peringkat
awal autisma boleh dikesan pada awal usia kelahiran ataupun sekurang-kurangnya
pada peringkat umur yang awal.
Tiada
ubat dalam masalah autisma kerana ia bukan sejenis penyakit tetapi dengan
program pendidikan yang bersesuaian, masalah ini dapat dikurangkan.
Autisma melibatkan orang dari pelbagai latar belakang
tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau taraf ekonomi.
SINDROM DOWN
Sindrom Down atau Mongolisme merupakan
salah satu daripada kategori kecacatan di bawah Program Pendidikan
Khas
Bermasalah Pembelajaran.
Sindrom
Down membawa maksud tanda-tanda dan ciri-ciri
yang menunjukkan terdapat sesuatu penyakit.
Sindrom
Down merupakan kecacatan
baka (genatik) yang
tidak boleh diubati. Ianya berlaku
disebabkan oleh mutasi
pada kromosom di mana sel badan mempunyai 47
kromosom
dan bukan seperti orang normal lain iaitu 46
kromosom. Tiada
ubat dalam masalah Sindrom Down tetapi
dengan program pendidikan yang bersesuaian, masalah ini
dapat dikurangkan.
dengan program pendidikan yang bersesuaian, masalah ini
dapat dikurangkan.
Sindrom
Down melibatkan orang dari pelbagai
latar
belakang tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau taraf
ekonomi.
HIPERAKTIF
Hiperaktif merupakan salah satu
daripada kategori kecacatan di bawah Program Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran.
Hiperaktif merujuk kepada tingkah laku kanak-kanak
yang
terlampau lasak, aktif, nakal, agresif dan keadaannya
tidak menentu jika
dibandingkan dengan
tahap pencapaian
kanak-kanak normal.
Kecelaruan
tingkah laku ini kerap
berlaku kepada kanak-
kanak yang berumur 8 tahun dan akan
berkurang secara beransur-ansur apabila mereka
meningkat dewasa. Hiperaktif dapat dikurangkan dengan
bantuan ubat tetapi
meningkat dewasa. Hiperaktif dapat dikurangkan dengan
bantuan ubat tetapi
hanya untuk tempoh masa yang
sementara.
Namun tetapi,
dengan program pendidikan yang
bersesuaian, akan lebih membantu untuk
mengurangkan
masalah ini. Hiperaktif melibatkan orang dari pelbagai
latar belakang tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau
taraf ekonomi.
latar belakang tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau
taraf ekonomi.
3 comments:
Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. Diharapkan agar perkongsian ilmu ini memberi faedah kepada semua pengunjung blog saya.
salam...
baca yg ni baru tahu bab bebudak jenih ni...mekasih banyak
tq2 kerana sudi bace post sy... pasni senang la cikgu nak kenal budak2 khas yee.. kalo ade yg ciri2 camni boleh laa cadang kan ke program pendidikan khas yg berhampiran.. :)
Post a Comment