Monday, September 26, 2011

Mukadimah..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya yang tidak seberapa ini. Saya sekadar ingin berkongsi kegembiraan dan pahit getir saya sepanjang 6 tahun penglibatan saya sebagai guru pendidikan khas. Saya juga ingin berkongsi sedikit maklumat dan ingin bertukar-tukar maklumat dan pandangan bersama rakan-rakan seperjuangan berkaitan dengan dunia pendidikan khas yang sangat menarik dan penuh dengan cabaran.  

Sesungguhnya saya merasakan bahawa saya merupakan individu yang amat bertuah kerana terpilih untuk mendidik mereka dan peluang ini tidak akan saya persiakan. Saya percaya bahawa hanya insan yang istimewa sahaja mampu mendidik murid seistimewa mereka. Semoga saya lah insan istimewa itu.. InsyaAllah..


Doa dan harapan saya agar blog ini dapat membuka mata segelintir pihak yang masih kurang paham berkaitan dengan dunia kami di pendidikan khas dan dapat membantu rakan-rakan seperjuangan dalam mengharungi kehidupan bersama anak-anak istimewa ini.  

Yang baik itu hanya dari Allah dan yang kurang sempurna adalah dari kelemahan dan kesilapan saya sendiri. Mohon maaf  atas kesilapan baik disengajakan atau tidak.. Semoga kita akan bertemu di lain 'post'.. :)


- Cikgu Eifa -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik BlogCikguEifa kecuali yang dinyatakan